Total Pageviews

Wednesday, 26 July 2017

Seperti yang diceritakan

Assalamualaikum
Pada yang bertanya tentang anak sulong akak kerja di mana tu sebenarnya tak lah jauh sangat di Melaka je.Rasanya mudah lah kami nak menjenguk dia sekali sekala.Semalam dia hantar WA gambar rumah yang disediakan majikan....walaupun masih kosong tapi syukurlah tak perlu bersusah payah mencari rumah sewa...kereta pun disediakan majikan..Alhamdulillah..
Bercerita tentang anak ni ,sejak minggu lepas Iman balik sekolah bagitahu tentang buli di sekolah nya.Aku tak tahu samada diketegorikan buli ataupun bergaduh tapi teruk juga lah budak yang kena tu....kiranya kes sambung gaduh dari luar sekolah lah ni.Takut dengar kan masalah budak2 sekarang ni....ganas2 padahal baru sekolah rendah.
Sebenarnya kalau dah terlibat kes2 buli ni parah juga akibatnya.Seperti kes allahyarham pelajar UPNM tempohari ....yang juga bekas senior sekolah Iqa.Kawan satu dorm nya juga senior Iqa baru ni juga telah disoalsiasat dan dilepaskan kerana tak terlibat tapi katanya namanya dah tercalar.Memang dia rasa down sangat apatah lagi fikirkan masa depan.Mujurlah ramai yang beri motivasi pada dia.Yalah walaupun katanya tak terlibat tapi satu dorm kan ....Seperti pelajar di sekolah Iman lah juga walaupun hanya melihat pun terlibat .Yalah kenapa hanya melihat tapi tak bersegera bagitahu guru padahal pengawas tu.
Hishhh budak2 sekarang macam2 hal.

11 comments:

  1. Alahai....kes buli ni makin menjadi jadi..semoga iman dilindungi dari gejala yang tidak.sihat ini

    ReplyDelete
  2. Ingat tadi anak akak sendiri yang kena buli. Kes di sekolah rupanya. Betul la, makin menjadi2. Harap dibanteras la segera sebelum makin melarat ke besar. Haih.

    ReplyDelete
  3. Inilah bush hasil rosaknya sistem pendidikan hari ni, kita tak tekankan rasa takutkan Tuhan kpd para pelajar, tak takut Tuhan, tak takut dosa, jadi berani buat apa saja..akhlak jgn sebutlah,runtuh semuanya..

    ReplyDelete
  4. Cantik rumahnya kak saniah..
    Alhamdulillah .. murah rezeki along ni..
    Mudah dpt kerja pastu disediakan penginapan dan kenderaan..
    Kat Melaka dekat juga nak menjengok kan kak..

    Issshhhh..
    Saya risau kalau kes buli ni kan..
    Budak2 skrg menakutkan dan berani..
    Mak pak kena main peranan juga ni..

    ReplyDelete
  5. menjadi2 kes buli sekarang. Dahsyat sampai ada yang bunuh2 kan. Scary nak hantar anak2 ke sekolah. Tapi apalah pilihan yang kita ada. Cuma boleh berdoa supaya Allah lindungi anak2 kita dari benda2 yang tak elok.

    ReplyDelete
  6. Alahmdulillah...cantik rumahnya tu, rezeki anak kakak dimudahkan. Tak jauh sangatlah di melaka ye kira ok la tu kan kak.

    ye bila dilihat pada kes2 buli ni jadi takut juga dibuatnya, moga anak2 kita dijauhkan dari perkara2 macam tu kan kan

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Alhamdulillah, anak akak yang sulung dah bekerja, saya turut menumpang gembira, ringanlah sedikit bebanan kewangan. Moga anak akak yang sulung dipermudahkan urusan dan diberikan keselamatan sentiasa...

    ReplyDelete
  8. tahniah, Along dah dapat kerja yang bagus.

    Kena ajar anak2 kita supaya cepat2 laporkan kepada pihak sekolah kalau ada kes2 buli ni.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah tak payah dah pening kepala nak cari rumah sewa. Baik majikannya ye SI.

    Tulah tu budak budak sekarang ni, tak reti takut. Nak membuli je kerjanya

    ReplyDelete
  10. buli ni da jadi wajib ke ekk kat mana2?
    seram aida dgr nyer kak.

    ReplyDelete