Total Pageviews

Wednesday 15 February 2017

Ikan lumi part 2

Assalamualaikum
Olehkerana ramai yang tanya pasal ikan lumi ,ni lah rupanya....dengan ikhsan google.
Menakutkan kan  rupanya dengan mulut nganga gitu....hihii. Masa siang tu buang lah kepala nya.
Jangan pandang pada rupa,kalau dah makan pasti tercari lagi .Ikan ni lembut sangat sampai ke tulang ,walaupun ada tulang2 halus semua boleh je makan.Tak perlu nak kunyah bagai....
Selain dari goreng boleh aje masak asam rebus ke....ikut lah selera.Goreng pun biasanya bersalut tepung  kalau tidak mahu hancur ikan tu jadinya.
Kalau ke pasar dengan anak2 pasti terjenguk2 mereka cari ikan lumi.Bukan selalu ada sebenarnya....ramai yang tak pandang ikan lembek gitu  kan.
Seperti aku juga satu ketika dulu ,bila arwah mak selalu beli...Aku fikir kan ikan malong yang aku tak suka rasanya....hahaa....jangan tanya aku rupa ikan malong  ,aku pun dah tak kenal.
Harga ikan lumi ni biasanya murah je.
Ikan ni bukan ikan sebelah atau ikan bilis kecil tu yatie,hainom.Lain beno rupanya...
Betul kata Kakzakie ,ikan lumi kering biasanya tawar .Kalau digoreng biasanya rangup sebab nipis .
Okeylah rasanya dah dapat pencerahan kan pada yang ingin tau.

12 comments:

  1. Acik tak pernah tengok ikan ni saniah..makan pun x pernah..mungkin sebab acik jarang masuk pasar beli ikan..ke pasar ni memang suami acik je

    ReplyDelete
  2. Malas beli sebab leceh nak menyiangnya SI
    Kalau di pasar Pontian tu fresh lagi - kakak suka juga sebab lemak.
    Makan dgn nasi lemak pun sedap:)

    ReplyDelete
  3. IKAN KECIL GORENG RANGUP SEDAP NI

    ReplyDelete
  4. Rasanya kak Zai belum pernah tengok dan makan ikan ni. Mungkin klau jumpa nak juga mencuba.

    ReplyDelete
  5. agak menakutkan rupanya tu hehehe, tapi rasanya sedap oklah kan saya memang tak pernah jumpa ikan ni

    ReplyDelete
  6. Yelah SI...bukan ikan bilis yg saya bayangkan tu....mmg jarang jumpa ni. Teringin pulak nak makan ... sedap ek goreng rangup rangup

    Kena mengembara dalam pasar nampaknya ni.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Ikan lumi, oo saya kenal sangat, cuma ikan lumi je tak kenal saya hehehe.. Biasanya ikan lumi ni ummu ikhwan buat masak lemak kuning atau pun masak lemak cili api..tambah daun kunyit dan daun ketumbar.. memang mantop!!

    ReplyDelete
  8. Saya samalah mcm Acik Erna, kak Zai, mama aryan dan hainom OKje... tak pernah tengok dan makan ikan ni. Nanti kalau saya singgah rumah Saniah bolehlah masakkan untuk saya rasa ye sebab dekat pasar di tempat saya belum pernah jumpa lagi ikan ni di jual.

    ReplyDelete
  9. Ikan ni mempunyai mulut yang besar dan gigi2 yang tajam.
    Yang dh buat ikan kering tu dah Xde kepala.
    harga dh jadi ikan kering agak mahal berbanding yang basah murah aje.

    ReplyDelete
  10. Wah... first time tengok ikan lumi...

    ReplyDelete
  11. Lama dah x mkan ikan ni.. kecik2 selalu la..
    Sebenaqnya makchaq jarang pi market.. he he..
    pakchaq yang selalu pi market ikan..
    Pernah jugak pakchaq beli..goreng tepung jugak..

    ReplyDelete
  12. Ohhhh ini ikan lumi ye kak Saniah..
    Saya panggil ikan buih hihihi..
    memang sedap goreng ..
    tapi tu lah susah nak dapat sekarang kan..
    Intai2 juga kat pasar tu hari..
    Jumpa kulit lembu dengan umbut kelapa ..
    Tunggu resepi saya ye kak :)

    ReplyDelete