Total Pageviews

Wednesday, 13 September 2017

Tapai ubi

Assalamualaikum
Sabtu 9hb  hantar Iqa ke Terminal Larkin untuk kembali ke U.Hari tu ada juga undangan pengantin di Kota Tinggi tapi dah tentu nya tak dapat hadir.Bagaimana pun kirim juga 'salam keruk' pada iparnya yang juga jiran kami.
Ahad lepas ambil Iman dari sekolah agama terus ke JB hantar Fateha ke rumah penginapan nya.Tiba rumah semula dah pun hampir 9 mlm.Dari jauh dah nampak satu beg kertas tersandar di berandah.Buka je tengok ,banyaknya makanan ringan dan goodies  .Walaupun tak diberitahu dah dapat agak kiriman dari pihak yang buat majlis pengantin semalam.Alhamdulillah rezeki kan....
Apa yang lebih best nya tu dapat dua bekas tapai ubi.Lama dah tak makan...Rasanya lebih sedap dari makan sebelum2 ni.Semuanya secukup rasa lembut dan manisnya.Mungkin juga yang membuatnya dah cukup mahir.
Kalau nak tahu Felda Simpang Waha Kota Tinggi ni agak terkenal dengan tapai ubi nya.Kalau kita lalu di jalan besar nya ada gerai yang menjual tapai  depan stesen minyak Petronas.Kami tak lah pernah membeli ,tau je lah suami ni banyak sangat tak makan nya.
Sebab tu tak terfikir pun nk belajar membuatnya....teringin sangat beli je jawapan nya.
Yang diberi ni pun masih ada lagi satu bekas tak terusik...dah anak2 besar takde hanya aku yang makan.Iman tak lah dipandang nya tapai ubi ni.

Wednesday, 6 September 2017

Kisah mereka lagi

Assalamualaikum
Rumah kembali sepi setelah hampir seminggu riuh dengan sakat menyakat dan gurau senda mereka adek beradek.Walaupun dah remaja sama je riuh nya seperti dulu bila dah mereka berkumpul .Cuma abang sulong mereka je yang tak dengar suara..... hanya bercakap jika perlu je.
Hari ini cuti sekolah pun dah berakhir .Iman biasa lah seharian lah jawapnya dia di sekolah selagi belum UPKK ni .Azim dah kembali ke asrama  .Dah semakin hampir hari2 menjelang SPM tapi tengok dia duk relax je .Yang mak nya pulak terasa risau ....hai la anak.
Iqa hujung minggu ni dah kena kembali ke U.Tapi masalah  dia tak dapat bilek.Bukan tak aktif pun masa di kolej tapi takde rezeki .Cuba buat rayuan juga.Bukan mudah seorang pelajar nak bayar duit sewa yang harga nya cekik darah di tengah bandar KL tu walaupun berkongsi dengan kawan2.Buat  sementara ni hanya menumpang di bilek kawan sementara biasiswa keluar baru fikir pasal rumah sewa katanya.....Aku nasihatkan jangan stress,contohi  'Teme' seorang penulis yang menempuhi pelbagai dugaan waktu menjadi pelajar di luar negara sana.
Fateha dah mula berkerja di JB minggu ni.Dalam banyak2  temuduga dia tertarik dengan kerjaya sekarang ni kerana ada kaitan dengan kos yang diambil masa di U. Kebetulan best friend dari sekolah menengah /asrama dulu tempat kerja nya di bangunan bersebelahan.Buat masa ni Fateha tinggal dengan dia .Keluarga nya bertugas di negeri lain  .Kehadiran nya sangat dialukan.
Si abang Alhamdulillah dah pun merasa hasil titik peluh sendiri.Pandai dah menghulur seketul dua .....Untuk kenangan dari pemberian pertama titik peluh anak ni aku beli rice cooker. Ermm sebenarnya rice cooker  yang ada aku berikan pada dia masa masuk
rumah baru dia di Melaka tempohari. Kami di rumah ni gunakan rice cooker  besar 'bapak gajah' ....hahaa....sebelum beli baru ni.Kadang makan untuk bertiga je.Tapi betul lah kata orang 'Besar periuk besar keraknya'.
Ok lah dah panjang lebar pulak merapu.Kalau nak berkisah tentang anak2 memang tak pernah habis walaupun mereka telah remaja/dewasa tapi tetap kecil di mata ibubapa.

Tuesday, 5 September 2017

Kari daging burger

Assalamualaikum
Ini cerita dua hari sebelum AidilAdha.Stok barang basah kat aisbox pun dah hampir licin.Cadang esoknya baru nak berbelanja.Anak2 semua dah balik cuti.Bila lihat masih ada daging burger dalam aisbox....tiba2 teringat resepi daging burger masak kari seperti yang aku lihat dalam Facebook baru2 ni.
 Seperti masak kari ayam atau daging juga caranya cuma yang membezakan hanya gunakan daging burger saja.Tapi aku masak ikut resepi sendiri ...ikut selera sendiri.
Resepi kari daging burger
4 -5 keping daging burger (potong ikut suka)
Rempah kari( aku lebih suka gunakan rempah kari ikan Faiza)
Bawang merah
Bawang putih
Halia.
Serai
Kentang
Lobak merah
Tomato
Daun kunyit
Caranya
Bawang merah,bawang putih dan halia ditumbuk.Panaskan minyak masukkan serai yang dah dititik dan bahan2 yang ditumbuk. ..kacau hingga naik bau.Masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes.Tumis hingga naik minyak....kemudian masukkan air secukup nya dan sehelai daun kunyit...(kenapa daun kunyit???....sebab suka rasanya bila pertama kali makan kari ayam di rumah jiran).Masukkan daging burger dan kentang .Masukkan juga lobak merah ....dan akhir sekali tomato yang dibelah 4.Bubuh garam secukup rasa....selesai.
Alhamdulillah semua anak2 suka.Iman berulang2 makan nasi.Seperti biasa kat rumah ni kalau masak kari jarang guna kan santan,sebab ramai yang kurang suka terutama Iman.
Kari daging burger ni hanya budak2 je yang makan.Aku sekadar makan kuah dan sayurannya je....memang sedap.Boleh je makan dengan nasi atau roti.

Monday, 21 August 2017

Periuk kecil

Assalamualaikum
Minggu lepas kembali bertiga di rumah.Iqa yang masih cuti ikut Fateha ke Simpang Renggam.
Dah bertiga masak pun semua serba sikit .Adakala seperti syok sendiri masak ,last2 sendiri yang makan.Iman pun seharian berada di sekolah .Balik tengahari sekejap je dah kena pergi sekolah agama hingga 6.30 petang kerana ada kelas tambahan.Si ayah pun biasanya balik dalam pukul 5_6 petang.
Dah masak serba sikit ni ,lebih selesa masak dalam periuk kecil  untuk masak sayur atau gulai.Kadang tengok periuk tu macam main masak2 je...comel sangat.
.Sebenarnya kakak yang beri periuk2 ni sebab banyak tersimpan walaupun dah beri juga pada anak menantu nya.Kakak ni suka membeli barang online juga wow shop.Banyak barang keperluan rumah dia beli.Bab periuk ni kakak kata dia tengok catalog  macam besar je periuk2 nya...sekali dapat kecil je.,  hanya ukuran 6 inci je setiap satu...harganya setiap satu 75 RM ....kiranya kakak ni 'tipah tertipu' ...Tapi yang untungnya kami2 lah ,dapat periuk free.
Foto: sesuai sangat masak seekor ikan kerisi  ___asam pedas (lauk hari Jumaat lepas)
 Foto: beberapa ketul ayam masak kari(juga hari yang sama).

Tuesday, 15 August 2017

Selamat hari lahir

Assalamualaikum
Harini besday boy sedang trial SPM...moga dapat jawab dengan tenang.
Lepas maghrib semalam dia ada telefon....sambil cerita pasal exam dia sempat bertanya sekadar menduga."esok hari apa ya?"....Kalau dah kata mak2 ni masa kan lupa tarikh saat bertarung nyawa melahirkan anak2.
17 tahun sudah Azim harini 15 Ogos.Sedih sebenarnya bila tiba tarikh lahir Azim tahun ni bermakna sepupu dia Mohammad Al Mizal yang meninggal accident tahun lepas sepatutnya juga hari lahir 3 hari lagi yang ke 17 juga...kami semua merindui nya....semoga arwah sentiasa dirahmati.
Besday sekadar bertambah nya usia ....dah tinggal di asrama
takde apa2 yang dapat diberi,Tunggu lah cuti sekolah nanti ,kan ada cuti hari merdeka dan raya haji ...adek beradek pun ada semua.
Apapun mak doakan Azim akan berjaya di dunia dan akhirat.Berusahalah untuk SPM yang bakal tiba dan trial yang sedang hadapi sekarang ni.
SELAMAT HARI LAHIR MOHAMMAD AZIM IKMAL...
Foto:Azim ketika usia 4tahun bersama Iqa.

Friday, 11 August 2017

Rezeki masing2.

Assalamualaikum
Bukan nak riak tapi sekadar nak mengabadikan cerita2 indah perjalanan hidup anak2 di blog suram ini untuk tatapan dikemudian hari.
Result final exam Fateha baru saja keluar....Alhamdulillah dapat Dekan lagi buat kali ke 3.
Result Iqa sederhana saja ,terdetik rasa kecewa dihati tak dapat bersaing dengan Fateha.Aku pujuk dia agar tak rasa tertekan kerana ada masa lagi beberapa sem untuk terus mencuba.Aku tahu sikap Iqa sejak zaman sekolah dia tak pernah merasa berada dibelakang tentu nya hati agak kecewa bila tengok resultnya sendiri.Tapi sebenarnya pada kami ok je masih lagi 3++.
Cakap dengan Iqa abang dia walaupun result biasa2 je tak pernah Dekan pun tapi senang aje dapat kerja.Belum pun final exam dah dapat temuduga yang pertama dan terus diterima .
Pada setengah orang belajar bukan untuk bekerjaya aje tapi bagi anak2 perlu jika mereka mahukan kehidupan yang lebih baik.Kami ibubapa mereka bukan orang ada2 sekadar secukup nya je.
Sekarang ni dapat Dekan bukan jalan pintas untuk dapat kerja .Fateha masih berusaha untuk cari peluang2 pekerjaan .Ada juga dah ditawarkan kerja tapi masa temuduga jawatan lain tapi yang ditawarkan jawatan lain .Terpaksalah ditolak....bukan nak memilih tapi dengan gaji agak rendah tak berbaloi berulangalik dari rumah.
Buat masa ni dia dengan kawan nya buat part time menjadi tutor di salah sebuah pusat tuisyen di Simpang Renggam.
Fateha sebelum ni tak minat nak jadi guru tapi bila dah mengajar di sini seronok pulak dia .Apatah jumpa berbagai perangai budak2 yang belajar.Kata dia kalau tak dapat juga kerja tetap dia nak terus kan menjadi tutor di situ.Lagipun kalau mengajar sepenuh masa pendapatan lumayan juga.Mengajar pun tak stress seperti guru di sekolah.
Foto: hari pertama menjadi tutor.....mengajar budak cina down sindrom berumor 11 tahun.
Terpulanglah pada mereka....Rezeki ada dimana2 jika berusaha.

Tuesday, 8 August 2017

Mandai kulit nangka

Assalamualaikum

Gambar ni sebenarnya dah lama tersimpan dalam draf ...adalah sebulan agaknya. Tapi nak juga post sebab bukan selalu buat pun ...setahun payah sekali.Kami bukan pengemar buah nangka ,kalau ada yang beri berhari2 lah tersimpan dalam aisbox.Kadang kalau dah  agak lama buang lah jawapnya..
Bulan lepas jiran ada beri sepotong besar nangka yang masak ranum.Memang cantek isinya dan rasanya pun agak manis....mungkin nangka madu agaknya.Aku yang teruja tu bukan isi nangka tu tapi nak ambil jeraminya untuk buat 'mandai'. Buah nya aku dah asingkan dan buangkan bijinya sekali ,simpan dalam aisbox.Anak2 masa tu semua nya ada ,dalam kata tak suka pun abis juga dimakan.
Untuk buat mandai ni buang kan kulit hijau nangka atau chempedak yang mengerutu tu kemudian potonglah kecil2.Rendamkan dalam air panas biarkan lembut..Toskan kemudian taruk garam seperti buat jeruk.Simpan ditempat bekas kedap udara.Biarkan beberapa hari dah boleh digoreng..Ini cara aku lah seperti yang diberitahu orang tua2 dulu.Mandai ni orang banjar je ( aku ni kata je anak banjar ,tapi   sebelum2 ni tak pandai pun )yang pandai buat sebenarnya tapi sekarang ramai yang dah boleh membuat nya.Tak lah membazir kulit nangka dan cempedak dibuang begitu saja.Menjadi juadah yang enak untuk hidangan apatah lagi dengan nasi panas.Sedappp....tak percaya cubalah.
Cara masaknya senang saja seperti juga goreng ikan pekasam..Hiriskan bawang putih,bawang  merah,cili merah/ cili padi dan ikan bilis.Tumis bahan2 tu kemudian masukkan mandai  ...tumis lagi sehingga agak2 garing.Tak perlulah tambah garam kerana mandai dah masin.

Mandai yang dijeruk tu kalau agak2 masin sangat basuh lah sikit baru digoreng kalau tak mau tekanan darah mencanak naik.
Masa zaman kerja dulu ada sorang kakak tu bawa bekal sambal sardin yang dicampur mandai....ermm aku sendiri tak pernah rasa.Tapi memang rare kan ....kata budak2 sekarang.
Apapun bukan selalu  makan mandai ,kalau ada cempedak /nangka ,kalau teringin nak makan merajinkan diri untuk membuat.....untuk anak tekak sendiri .Suami memang tak lah...isteri nya je kalau boleh kayu dengan batu pun nak dilahap....hihii.

Friday, 4 August 2017

Rezeki durian...

Assalamualaikum

Agak2 kalau beli ni berapa RM ya ...Dengar2 di luar sana harga sekilo pun dah cicah RM 18 sekilo.Dan lagi masa ada pesta buah2 tempatan di Angsana JB ramai yang tak puashati kerana harga lebih mahal dari yang di jual di tepi jalan .Apatah lagi buah yang dibeli banyak yang tak elok isinya.
Tapi kami yang tak teruja bab durian ni,murah pulak rezeki.Semalam kakak kirimkan 4 biji durian ni untuk kami .Dari hasil pokok sendiri....
Aku buka kulitnya satu  persatu....Alhamdulillah semua molek isinya.Sambil2 tu makan lah seulas ...ermm rasanya manis dan lemak.Memang sedap sangat tapi tak berani nak makan lebih2....kena hati2 dengan kesehatan diri.
Iqa dan Iman pun tak teruja ,hanya makan sorang seulas....Iman lagi lah seulas tu pun tak habis.Ayah nya langsung tak menjamah.Akhirnya aku simpan dalam bekas dan simpan dalam aisbox.Kalau satu dua hari ni tak luak juga kenalah frozen kan.Boleh lah simpan lama ,bila teringin boleh makan atau buat serawa dan bubur.Tapi kalau Azim balik rasanya sekejap je licin....

Thursday, 3 August 2017

Mimpi ke???

Assalamualaikum
Anak sulong yang baru saja bekerja dapat kemudahan tempat tinggal dari majikan nya.Pada mulanya majikan sewakan rumah di daerah Jasin.Tiga hari kemudian disuroh pindah pula di daerah Alor Gajah kerana  dekat dengan tempat kerja.Rumah kali ni majikan punya.Kedua2 taman perumahan ni baru lagi....tapi yang di Alor Gajah ni lagiii lah baru .Dalam barisan2 rumah tu hanya ada beberapa penghuni je.Kemudahan angkut sampah dan pengawal keselamatan pun xde lagi.
Petang Sabtu tu dia balik rumah dan bawa kami untuk mengambil kereta viva yang di bawanya kerana majikan dah sedia kan kereta untuk dia.Malam dah kami tiba di rumahnya tapi perlu mop lantai yang berhabuk ...maklumlah sebelum tu takde penghuni dan rumah masih baru.Jiran2 memang tak delah ...sebaris tu hanya dua buah rumah aje yang terang termasuk rumah anak sulong.
Malam tu kami tidur dengan tempat tidur alakadar je ,anak baru nak belajar hidup sendiri  mana lah ada barang .Bawa tv kecil dari rumah pun susah nak dapat siaran ,jadi kami tidur cepat....sebab kepenatan pun ya.Tapi biasa lah mata aku ni kalau dah pindah tempat tidur sukarnya nak lelap walaupun sengaja pejam kan mata.Melihat si ayah dan Iman berdengkur....jelousnya.Dah sorang2 berjaga tengah malam naik seram juga.Aku baca segala ayat2  dan buka alunan ayat krusi.Tak dapat tidur juga aku lari ke bilek yang Fateha tidur ...terasa sejuk di situ ...mudah pulak nak lelap.
Petang tu dalam perjalanan balik masa dalam kereta si ayah bercerita  tentang rumah tu. Kata dia dalam rumah tu ada 2 orang budak perempuan .Dia ada datang pada encik suami dan bersalam tapi hanya sorang .Katanya adeknya ada dalam bilek....nampak seperti orang baik senyum je.....terjerit2 Iqa ketakutan dengar cerita  ayahnya.Yang si ayah ni macam betul je cerita ke dia mimpi je....ntah lah .Fateha yang dengar sama relax je walaupun dia dengan aku yang tidur dalam bilek tu.
Fateha ni dah biasa alami situasi seperti tu sebab tu dia tak kisah.Masa akhir sem tempohari pun dia cerita ada sesorang yang berpakaian hitam mencangkung kat hujung katil nya sambil tersenyum.Tak tahu samada dia mimpi atau realiti tapi bila dia kelipkan mata benda tu hilang.Ini pun dia cerita dah sebulan duduk rumah baru ingat.
Apapun semoga anak2 ku sentiasa di lindungi walau di mana berada.

Friday, 28 July 2017

Temujanji lagi

Assalamualaikum
Temujanji doktor pakar pukul 10 a.m.Sengaja aku lewat kan keluar rumah pukul 8 baru gerak.Tapi bila tiba dah siang,pening nak pakir kereta.Mana yang boleh je ,janji tak menghalang kereta lain keluar.
Kali ni ke Poliklinik semuanya dipermudahkan.Mungkin hari Khamis di klinik sakit puan tak ramai...tak sampai 1jam nama dah dipanggil ke bilek rawatan.
Walaupun dah lebih setahun pembedahan tapi setiap kali bertemu doktor sangat mendebarkan Bimbang result pap smear sebelum tu positif.Di hospital kerajaan ni kita tak boleh mengharap doktor yang sama.Mujurlah doktor kali ni bagi layanan dan rawatan yang terbaik...Tapi setiap biji butir perkataan KANSER keluar dari mulut beliau terasa ngeri bayangkan.Seperti tak percaya aku juga pernah menghidap penyakit bawa maut ....Mujurlah masih ditahap awal.
Syukur Alhamdulillah doktor bagitahu sel2 kanser takde lagi tapi tetap dipantau setiap 6 bulan sekali selama 5 tahun.Bimbang akan berulang.Selepas 5 tahun baru boleh kata bebas dan hanya temujanji setahun sekali.
Seperti biasa peneman setiaku encik suami.Bila tika dia buat rawatan aku pula penemannya.Kata susah senang bersama kan....:-)
Nasi bryani pemberian jiran jadi santapan kami petang semalam.

Tuesday, 25 July 2017

Nafas lega

Assalamualaikum
Biasanya bila dah kumpul barang2 seperti ni masa nak balik ke universiti.Tapi kali ni berangkut barang keperluan untuk ke tempat kediaman tempat kerja .Esok hari pertama anak sulong memulakan kerjayanya setelah tamat kan pengajian .Mudah2an dia cekal menghadapi rintangan2 di luar sana.
Syukur Alhamdulillah kami diberi kesempatan melihat anak berkerjaya.Mudah2an dalam masa terdekat ni Fateha ada rezekinya juga.
Bila ada yang berkerjaya ni dapat lah kami menarik nafas panjang .Kesian anak2 belajar dengan keadaan kewangan yang terhad selama ini....bukan mudah bila anak2 semua masih belajar ,apatah lagi 3 orang serentak di IPT.Mujurlah mereka saling membantu untuk meringankan beban si ayah.Lebih2 lagi anak2 perempuan ni banyak bantu abang dengan biasiswa mereka kerana jurusan abang mereka banyak perbelanjaan .
Mudah2an abang nya ingat pengorbanan adek2 kelak.
Akan bertolak petang ni.Ayahnya tanya juga jika perlu hantar.Kata dia tak perlu....Ayahnya lupa agaknya anak sudah semakin dewasa....sudah boleh berdikari. Lagipun anak lelaki kan ...





Monday, 24 July 2017

Mahal....

Assalamualaikum
2hari Iqa  bekerja....hari ke3 dah tumbang ,sakit perut dan demam...alahai anak ,gitu lah gayanya tak pernah rasa bekerja...mujurlah Jumaat Sabtu memang bukan hari bekerja.Minggu ni boleh dah kerja semula....
Sabtu ,hantar Fateha temuduga di Iskandar Puteri.Sebelum tu Khamis ,Jumaat ada juga temuduga tapi pergi dengan kawan dia saja.Budak Iman dan Iqa nak ikut juga....rela bangun pagi ,nak ikut punya pasal.....Saja nak tengok tempat yang tak pernah pergi.Yalah memang kami tak pernah pun ke tempat tu walaupun taklah jauh sangat....tak de tujuan .Lagipun tempat ni tempat baru,masih dalam pembangunan.Deretan kedai dan rumah masih banyak kosong lagi.
Sementara Fateha  naik untuk temuduga Iqa minta bawa kereta...untuk memahirkan nya.Jalan pun lapang ....apa lagi  ..Tak sanggup aku duduk dalam kereta yang Iqa pandu...kecut urat perut ku.ajak Iman turun ,duduk bersantai depan deretan kedai kosong ,lebih lega rasanya.
Ada beberapa kedai yang telah dibuka di kawasan tersebut termasuklah sebuah kedai runcit/ pasar segar.Saja aku ingin beli sikit jajan untuk cemilan sementara menunggu Fateha .  Mahalnya sungguh sekali ganda dari harga asal....padahal jajan je pun.
Pasti tinggi kos sara hidup bakal penduduk di situ kelak.







Tuesday, 18 July 2017

Pengalaman bekerja

Assalamualaikum
6.50 pagi tadi Iqa dah keluar rumah.Kali pertama merasa menjadi seorang pekerja walaupun hanya sementara cuti sem masih berbaki lagi.Anak jiran yang ambil tender kantin di IPD memperlawa kerja dengan dia.Rasanya lebih baik dari bekerja di luar sana yang terikat dengan peraturan dan jadual kerja.
Sejak lepas sekolah Iqa memang tak pernah bekerja .Tahun lepas
 cuti sem dia mengajar budak2 tuisyen di rumah.Tapi rasanya rasanya tak berbaloi sebab ramai yang ikuti tuisyen tu tinggal di asrama ...bila mereka balik cuti je Iqa mengajar mereka.Yang belajar hari2 hanya sorang dua.
Ini kali pertama Iqa menjadi seorang pekerja dibandingkan kakak dan abang nya seawal lepas SPM .Fateha dan abang nya pernah jadi operater pengeluaran di kilang.Pernah jadi cashier di pasaraya.Dan yang lebih sadis lagi henpon yang dibeli dari gaji pertama abang nya yang baru seminggu dibeli ,hilang di loker pekerja masa kerja di pasaraya....
Si ayah kata Iqa pun perlu pengalaman bekerja .Satu hari ni nanti bila dah berjaya akan ingat bagaimana dan dari mana asal kita.
Harap Iqa akan lalui hari pertama bekerja ni dengan baik dan ceria.

Monday, 17 July 2017

Penghujung Syawal

Assalamualaikum
Sudah pun hampir minggu2 akhir Syawal....ntah lah aku tak perasan pun dah berapa hari raya.Suasana kawasan kediaman aku agak sepi tahun ni   tak ramai kanak2  kelihatan beraya seperti tahun2 yang lepas2.Biasanya cuti sekolah Jumaat Sabtu pun ada saja mereka.....semakin kurang meriah raya kini.
Semalam abang datang dengan keluarga nya .....dah penghujung Syawal ni kuih raya pun dah tinggal ciput.Datang pula tanpa beritahu ,tiba2 je dah ada depan rumah.Apa yang ada saja yang dapat dihidang.Oleh kerana Johor cuti Jumaat Sabtu biasanya bulan raya ni aku masak istimewa sikit ,bersedia jika ada tetamu yang datang.Tak sangka pula abang datang h ari Ahad.
Abang datang ni sebenarnya bawa rezeki ....beri duit raya lagi pada aku padahal masa beraya kat rumah dia dapat  juga...begitu risau kesehatanku walaupun aku dah sehat....Alhamdulillah..


Thursday, 13 July 2017

Anak seperti ini kah?

Assalamualaikum
Sumber dari WA group yang meruntun jiwa.
Anak seperti ini kah kita?

Bilamana anak2 duk jauh, mak ayah kat kampung makan ala kadar je sebagai alas perut. Bila anak2 pulang ke kampung, baru lah mereka sibuk nak pergi pasar, nak beli lauk pauk itu ini sebab nak jamu kat anak2 yg jarang2 sekali pulang. Lepastu mak sibuk masak masakan kegemaran anak2 pula. Kadang2, buah2 dalam kebun pun ayah simpan sebab nak makan bersama anak2. Tapi anak2 kat kolej, kat universiti tiap minggu masuk pawagam, karok, makan Mcd, makan KFC, makan Pizza Hut, belanja pakwe/makwe. Bila duit xcukup, kol mak ayah bukan sebab nak tanya khabar, tapi minta masukkan duit.

Bila balik kampung, saat menghadap masakan mak, anak2 selamba je cakap "dah muak la lauk ni", "ini je ke?", "nak sikit je mak, kenyang dah", "xsuka la ayam masak merah ni". Bila dengar anak2 cakap macam tu, air muka mak kita langsung xberubah. Tapi jauh di lubuk hati mak, sakit dia bagai ditikam dengan buluh runcing. Tapi mak lah satu2 nya orang atas dunia ni yang boleh menyembunyikan 1001 perasaan tanpa diketahui oleh anak2. Ayah pula tunggu nak bercakap dengan anak2, tunggu untuk berkumpul ramai2, sebab lama dah xdengar suara hilai tawa anak2. Tapi anak2 duk berkurung dalam bilik, bergayut dengan pakwe/makwe, main game. Kalau duk dengan mak ayah pun, mata dan tangan tertumpu ke arah henfon. 24jam henfon kat tangan. Kadang2 pertanyaan mak ayah anak2 jawab acuh x acuh. Muka mak ayah pun anak2 x pandang. Mak ayah xpernah pun nak marah, sebab anak2 semua dah besar panjang. Begitu sekali mak ayah cuba jaga hati anak2. Kadang2 mak ayah sampai tertidur kat ruang tamu sebab tunggu nak berkumpul nak berbual mesra dengan anak2. Tapi anak2 buat hal masing2. Sedangkan balik ke kampung jarang2 sekali.

Kadang2, kita jangan cakap yang kawan kita sombong bila kita ajak keluar ramai2 dia xnak, mungkin dia ingat dekat mak ayah dia di kampung. Bila dah keluar, mesti kawan2 akan ajak tengok movie, makan kat tempat mahal2. Sedangkan, saat tu dia ingat yang mak ayah dia kat kampung makan nasi dengan ikan rebus je.

Kadang2 bila kita tengok kawan kita selalu je balik kampung, jangan cakap dia homesick, manja, anak mak. Dia sanggup habiskan duit untuk balik jenguk mak ayah dia sebab dia tau yang mak ayah hanya satu di dunia. Selagi mak ayah dia masih ada, selagi tu lah kalau boleh dia nak jumpa mak ayah dia, nak bercakap, bersemuka, makan bersama mak ayah.

Kadang2 xsemua orang sedar akan semua ni, dan anggap semua perkara macam ni adalah perkara kecil. Tapi pernahkah kita tenung muka mak ayah saat mereka tertidur. Tersimpan 1001 perasaan yang bercampur baur yang tak pernah mereka luahkan kepada kita. Bila mereka dah tiada, baru kita sentap, baru nak menyesal. Tapi sudah jauh, sudah terlambat. Segala memori bersama mereka tidak akan dapat diulang kembali, hanya tersimpan sekadar memori.

Betul lah orang cakap, seorang mak boleh jaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu dapat jaga seorang mak. Apatah lagi untuk jaga kedua2 nya sekali.

P/S: pesanan buat diri sendiri, adik2, anak2 dan sahabat2 sekalian.


Walaupun copypaste tp tetap meruntun jiwa... semoga jiwa kita kaya dgn kasih syg

Wednesday, 12 July 2017

Mereka bertiga

Assalamualaikum
Alhamdulillah sudah pun selesai puasa 6 ....bermula pun dah minggu kedua .Hujung minggu pula ada jemputan majlis perkhawinan ....tak jauh pun jiran depan rumah je.
Buat masa ni aku taklah keseorangan seperti selalu.Yang 4 orang ada di rumah kecuali Azim je kat asrama. Si abang hanya memulakan kerja awal bulan Ogos nanti ....bakal boss dia kata rest dulu sebulan....almaklum 6 tahun sudah memerah otak .
Fateha masih mencari2 kerja .Buat masa ni hanya mohon di sekitar negeri sendiri  dulu.Sementara tu dia sedang jalani latihan ujian memandu.Mungkin agak lewat dari kawan2 nya yang ambil seawal lepas SPM.Boleh saja dia ambil lebih awal tapi Fateha ni banyak membantu ayahnya membiayai adek beradek belajar .....faham je lah dengan si ayah bekerja sorang sementara anak2 semua masih belajar.
Sementara tu Iqa sekarang ni cuti sem sehingga awal September .Boring juga dia berlama2 di rumah tapi tulah cuba juga cari2 kerja sementara tapi sehingga kini tak de pun yang telefon balik seperti yang diberitahu sewaktu minta kerja.Bukan satu dua tapi  7 tempat .....Aeon,Tesco,KFC ,CRS ,kedai2 buku dan alat2 makeup .....Hmm mungkin mereka tak mahu ambil pekerja smentara agaknya.
Nampak gayanya terpaksa lah Iqa mengeram tunggu September kelak :-)

Thursday, 6 July 2017

Tumis petola ular dengan cendawan

Assalamualaikum
Ahad----sepupu datang beraya .Olehkerana nak ke rumah sedaramara yang lain mereka tak tahu tujunya mereka ajak kami untuk tunjuk arah dan beraya sekali.Hanya aku ,suami dan Iqa je yang pergi .Haritu Iman sekolah jadinya kenalah ada orang di rumah.
Sewaktu aku otw ke rumah sedara seterusnya terfikir untuk telefon Fateha samada dah balik atau tidak Iman dari sekolah agama.Bila Iman yang menjawab...lega rasanya.Lagipun rasa tak seronok bila Iman tak ikut bila jalan2 ni.Biasa lah Iman ni kalau kita telefon, benda tak penting pun dia buat laporan secara langsung pada kita.
Iman kata masa dia balik sekolah tu ,makcik yang rumah jalan shortcut dia ke sekolah agama beri sayur....banyak kata dia.Bila aku tanya sayur apa....dia kata tak tau pula.Aku kata simpan lah kat aisbox .....tak muat kata dia....huhuu confuse aku. Dalam hati berkata sayur apalah yang dimaksudkan.WA kat Fateha suruh hantar gambar sayur  tu.Fateha kata .....petola.9 batang sebenar nya yang Iman kena bawa balik di suruh agih2kan dgn 2 jiran yg lain
Inilah petola yang dimaksudkan ...bukan petola segi yang biasa tu....patutlah Iman tak kenal,namanya petola ular.Aku dah biasa makan sejak budak2 dulu....Lama lah juga tak makan.Aku tak lah suka sangat rasanya tapi orang memberi....masak lah juga.
Cara masak nya pun aku dah lupa ....Aku agak2 je dengan membuang kulit nya seperti timun.Olehkerana bijinya agak keras aku buangkan aje.
Resepi pun ikut selera sendiri.
1 batang petola ular ...dibelah dan dipotong kecil.
Sepaket cendawan tiram
Soohoon
Udang kering
Bawang putih
Bawang merah
Minyak
Garam
Cara nya
Bawang merah ,bawang putih,udang kering ditumbuk kasar.Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tumiskan bumbu2nya sehingga naik bau,masukkan petola.Biarkan ia agak lembut baru masukkan cendawan .Kemudian masukkan soohoon.Masukkan garam secukup rasa.Dah siap ....boleh hidang.
Inilah salah satu lauk berbuka masa puasa Isnin lepas.Kalau ditambah cili atau pedas2 sikit mesti sedap kan.Tapi kat rumah ni stok cili api dan cili merah tak pernah mencukupi bila anak2 yang besar ada.
Alhamdulillah....licin lauk petola ular goreng dengan cendawan petang tu.


Monday, 3 July 2017

Duka dan gembira di Aidilfitri.

Assalamualaikum
Sudah lebih seminggu Aidilfitri.....kemeriahan masih dirasai di sana sini.Bagi kami hariraya kali ini benar2 menjadi kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan.Waktu dinihari 1 Syawal aku dikejutkan dengan deringan telefon.Tertera nama anak sedara....hati berdebar kencang ,melihat jam di henpon baru je 3.30 a.m.Walaupun tak mahu mendengar khabar duka tapi hati kecil dah dapat menduga apa yang ingin disampaikan.Ya ....kakak sulong (lain mak satu bapa) aku telah kembali ke Rahmatullah pada 3 pagi 1 Syawal tu setelah seminggu  di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat.
Sebenarnya arwah kakak ni dihantar anaknya ke hospital untuk buat rawatan kesihatan biasa saja.Tapi tak sangka bila tiba di hospital doktor kata dia sesak nafas.Setelah di xray  doktor kata jantungnya bengkak dan paru2nya ada kuman.Terus je dimasukkan ke wad ICU.
Di minggu akhir Ramadan takde satu pun persedian untuk keluarga ku menyambut hari raya ...hati resah dan sentiasa berdoa agar kakak kembali sehat.Baju dan kuih raya hanya dibeli last minute.....itupun hanya Azim dan Iman je yang nak beli.Untuk melawat kakak di hospital pula encik suami tak dapat cuti sebelum cuti raya.Anak2 pun belum balik cuti.Aku ambil keputusan untuk naik bas sendirian untuk ke rumah kakak ku yang sorang lagi untuk pergi melawat kakak sulong di hospital BP.Setelah berpuluh2 tahun ini lah kali kedua aku naik bas henti2.Tapi kali ni aku sendirian, walaupun terasa sedikit kecut perut apatah lagi, kebanyakan yang naik bas tu bukan rakyat tempatan....aku kuatkan hati demi nak melawat kakak .
Tiba di Simpang Renggam,sambung perjalanan ke BP bersama kakak dengan dihantar anak lelaki nya.
Walaupun masa melawat kakak sulong di ICU dia tak sedar tapi satu kepuasan dapat cium dia sepuasnya.Sebenarnya aku agak terkilan kerana sebelum dia sakit tu dalam bulan puasa ni je 2 kali dia suruh aku datang ke rumah .....alasannya untuk ambil ikan yang banyak .....anaknya minat mancing tapi tak makan ikan air tawar.Dia tahu aku boleh buat pekasam.Yang terakhir dia telefon suruh datang  untuk berbuka bersama .Katanya anak menantu nya masak daging kambing dan seperti biasa buat sup gearbox untuk berbuka beramai2 bersama anak2 yang semuanya balik .
Kerana beberapa masalah ....aku tak dapat balik juga.....Allahuakbar....mungkin ketika itu dia nak jumpa aku terakhir kali....memang terkilan sangat namun semuanya ketentuan Allah.Sakit sebenarnya kehilangan orang yang disayang tapi kena redho.....Allah lebih menyayangi nya.
Apapun semoga arwah kakak sulong ku sentiasa dirahmati Allah....Kenangan sepanjang kehidupan dari aku kecil hingga kini tak kan mudah dilupai.Aidilfitri 2017 membawa cerita duka namun  terselit rasa gembira dihati bila anak sulong ku mengkhabarkan berita ketika dalam perjalanan ke rumah arwah ...  yang dia dah diterima bekerja sebagai Doktor Veterinar seperti yang dicita2 kan walaupun baru saja menamat pengajian ....syukur sangat2 ,walaupun di luar sana ramai siswazah yang masih tercari2 kerja termasuk Fateha  tapi anak sulong aku kerja sedang menanti nya.Alhamdullilah...

Monday, 12 June 2017

Temujanji

Assalamualaikum
Salam Nuzul Quran
11/6 Ahad---
6.50 pagi bertolak dari rumah terus hantar Iman sekolah.
7.35 -tiba di perkarangan hospital pakir kereta.Seperti biasa dah penuh...letak je kat corner .Terus daftar.
8.11 selesai buat pembayaran.
9.35 nama suami di panggil masuk bilik doktor.
9.50 suami ambil result darah di makmal.Aku ambil nombor giliran di Farmasi .
10.15--ambil ubat.
10.30 dah pun berada dalam kereta.
Alhamdulillah urusan temujanji suami dengan doktor pakar jantung hari ni semuanya mudah dan cepat.Jarang dapat seawal ini .Bersyukur sangat2 ,doktor cakap keadaan suami memuaskan.Mungkin juga dengan sebab berpuasa kesihatan menjadi lebih baik ....walaupun berat badan semakin menyusut.Iman dengan si ayah sama je lah ,berkilo2 dah hilangnya.Aku???....tak mau timbang lah...dah tau dah :-).





Friday, 9 June 2017

Kisah mereka

Assalamualaikum
Sebenarnya aku rasa  malas dah nak menulis kat blog bulan2 Ramadhan ni,selain dari sibuk tak habis2 nak mencoretkan menu sahur dan ifftar pun rasa tak sampai hati bila anak2 perempuan  yang juga pembaca setia blog aku membacanya.Yalah biasanya bila berbuka kita ni berbagai2 menu yang biasanya jadi febret dorang.  tapi tulah bila aku tak menulis mulalah mereka bertanya Setakat ni suka pulak layan entry merapu mak dia ni....hihiii.
Ahad ni pun budak2'dah naik sekolah.Sabtu kena lah hantar Azim balik asrama.Semalam Azim mengingatkan lagi yang dia akan kembali ke asrama dan akan balik cuti raya pada 27 Ramadhan kelak.Aku kata pada dia takpelah Iqa pun dah nak balik cuti sem ,adalah penganti kat rumah.Dia kata" mak ni dah dapat gading bertuah ,tanduk dah tak guna lagi."...,hahaa....sentap rupanya bujang aku ni.
Yang budak Iman ni pulak cuti sekolah bulan puasa ,buku2 dia pun puasa sama .Mana taknya tak sikit pun dia jenguk buku.Mentang2 lah sebelum cuti tu dah pekse.Aku kata pada dia ,cubalah jengok2 buku dalam beg tu,kot2 tikus ,lipas bersarang .Pandai pulak menjawab tu...."kan beg tu bertutup mana lah tikus nak masuk"....kata dia.Huh...ada aje alasan.

.

Monday, 5 June 2017

Terakhir

Assalamualaikum
Cuti study week seminggu dah pun berakhir.Semalam kami hantar Fateha di Terminal  Kulai untuk dia kembali semula ke universiti.Semalam juga mungkin akan jadi sejarah kerana ia akan jadi yang terakhir kali kami hantar dia sebagai seorang yang anak yang masih belajar.2 minggu lagi akan berakhir lah  gelaran pelajar bagi Fateha dan abangnya.
2 tahun di tadika ,5 tahun di sekolah rendah ,5 tahun di sekolah menengah dan 5 tahun di universiti /6 tahun bagi si abang nya....satu jangka masa yang panjang tapi tiba saat ini terasa cepat masa berlalu.Sedar tak sedar 10 tahun juga Fateha banyak ke hidupannya di asrama berbanding tinggal di rumah sendiri.Mula kehidupan dia di asrama masih lagi anak2 ,kini bila dia melangkah keluar dari gerbang universiti telah pun dewasa .Kami juga dah sebati dengan anak2 yang  belajar,pahit manis segala rintangan dah kami rasai ....kalau lah bijak berkata2 boleh dah bagi motivasi untuk beri semangat pada ibubapa yang lain....banyak pengalaman kami rasai. Selepas 2 minggu ni tinggal 3 anak je yang masih belajar.Semoga anak2 ku yang 2 orang ni akan terus berjaya di luar sana  dan kuat harungi pancaroba kehidupan sebenar.....

Friday, 2 June 2017

Ikan kembung kukus air asam

Assalamualaikum
Buka FB lihat resepi ni ,terus tersuka pula untuk save buat menu ifftar....menu yang mudah dah sehat.

RESEPI IKAN KEMBUNG KUKUS AIR ASAM PEDAS

UNTUK IKAN:
Ikan apa2 yg disukai lumur ngan sedikit garam kemudian kukus smp masak...

UNTUK AIR ASAM:
Asam jawa
Air masak
Bwg besar,tomato potong dadu
Cili api hiris kecik2
Garam
(Ada yg suka ltk belacan..blg jer.tp saya x ltk sbb nnti asyik pegang hidung jer😬😬😬)

Cpurkan semua bhn ni dlm mangkuk.gaul2.kuah jgn cair sgt..pekat2 sikit baru ummpppp....
Pastu ikan yg dah siap kukus td tu kita curahkan aje air asam ni ..siap....
Nasi nya hot2
Ada lak ulam timun
Ok....slmt mcuba

Kredit : Wann Rashidah

==================

Wednesday, 31 May 2017

Puasa boleh diet.

Assalamualaikum
Sedar tak sedar dah pun masuk hari ke lima kita berpuasa .Macam cepat masa berlalu.Alhamdulillah setakat semalam belum ada juadah berbuka yang dibeli ,masak biasa2 je tapi bila waktu berbuka juadah jadi terlebih2 pula.Selain dari lauk yang dimasak ada juga bubur lambuk dari masjid.Jiran yang ambil tender menghantar makanan ke lokap pun ada menghantar 2 bekas meehoon sup dan pengat labu....mungkin lebihan dari penghantarannya ....kiranya kami makan seperti makanan banduan lah ya...hihiii. Mujor juga Azim dan Fateha masih bercuti  ,kalau tidak  tak tau lah bagaimana kami bertiga nak habiskan....membazir lah tentunya.
Bulan Ramadhan kali ini nampaknya  banyak masak makanan rebus,bakar,kukus,panggang....ermm goreng boleh lah juga.Sejak dulu lagi si ayah begitu memilih makanan  tapi sejak sakit tempohari  semakin banyak yang dia tak makan.Makanan bersantan dan pedas memang dia tak kan ambil....Bab pedas tu masak lah juga  untuk aku Azim dan Fateha.., kalau tidak mana lah ada selera nak makan.Setakat semalam juga tak buat minuman berais ,memandang kan cuaca pun sejuk dan hujan setiap hari.
 Tak sangka pulak ikut diet suami berat badan boleh turun 3++ kilo ....aku tak tahu lah sejak puasa atau sebelum tu sebab hampir sebulan tak timbang. Suami pula baru saja timbang sehari sebelum puasa ,ketika itu 59.3 kilo tapi semalam hanya 58.6 .Kalau ikut ketinggian nya rasanya agak ringan bagi berat seorang lelaki....bagaimana lah kalau sebulan berpuasa ni   mahu nya berkilo2 hilangnya...tapi takpelah janji sehat kan.
Bagi aku pula walau berkilo2 hilang nya  ,badan tetap gitulah ,takde nya slim pun....masih  juga  pakai baju saiz L .Jangan nampak aku dan suami seperti nombor 10 udah leh...hihii.
Okey, dah merepek merapu pagi2 ni....jumpa lagi next entry.:-)



Monday, 29 May 2017

Puasa pertama

Assalamualaikum
Alhamdulillah dah pun hari ketiga kita berpuasa...sekejap masa berlalu.
Puasa pertama aku rasa cukup mencabar ,bukan kerana lapar tapi kerana tak tidur semalaman.Petang tu Fateha tiba2 kata nak balik.Dapat pun tiket pukul 8.30 p.m tapi jalan nya hampir pukul 9. Bas yang singgah Kulai dah takde ,perlu ke Larkin Central yang perjalanan nya lebihkurang 40-45 minit dari rumah.
Sementara tu aku suruh suami tidur dulu  setelah Isyak  sementara perjalanan anak nya masih jauh.Aku biasalah mana boleh lelap kan mata ...sentiasa memerhati kan jam.Pukul 12.30 tengah malam kami keluar rumah untuk ke Larkin.Pukul 2 pagi baru bas yang Fateha naik tu tiba .Pukul 3 pagi baru tiba ke rumah semula.
Bimbang tak sedar untuk masak sahur ,balik tu terus tanak nasi dan jerang air dan  masak lauk untuk sahur.Lihat jam masih awal aku cuba tidur2 ayam  5 /6 minit.Kemudian bangun untuk tahajud  .4.50 pagi kejut dia orang yang baru saja tidur.Lepas sahur tunggu subuh ,lepas solat dan mengaji....aduhai mata ku dah tak upaya lagi menahan.Terus tertidur ....sedar2 hampir pukul 9 pagi.Pagi tu buat solat Dhua pun terasa terawang2 lagi tapi perlu cepat bangun juga kerana perlu keluar untuk beli barangan basah yang dah kehabisan.Walaupun ada banyak masa rehat siang puasa pertama tu tapi sepicing pun aku tak dapat lelapkan mata...mujur juga bp aku masih terkawal walaupun agak senoneng siang tu.
Tapi nampak nya Iman yang tewas.Hari pertama tu hanya dapat bertahan hingga pukul 5.30 petang ,bila dia dah mula muntah.Sebenarnya dari tengahhari tu badan dia dah panas tapi dia terus cuba berpuasa. Sehingga hari ini dia masih demam panas lagi .Walaupun belum dapat berpuasa ,dia hanya nak makan kurma dan minum air je.Mudah2an Iman cepat sembuh ,meriah sikit bila waktu berbuka .

Friday, 26 May 2017

Puasa tanpa mereka

Assalamualaikum
Insyaallah esok kita akan berpuasa.Sedih juga anak2 yang bertiga di universiti sana tak dapat balik untuk menyambut puasa bersama.Bukan takde cuti malah ada study week seminggu tapi faham je lah dah penghujung semester ni semua kena berjimat cermat....ptptn pun dah abis ,biasiswa dah tinggal ciput.Selain dari tu katanya kalau kat rumah tak dapat nak belajar . Seminggu dua ni dah pun final exam terutama  amat penting untuk Fateha dan abang nya yang akan tamat pengajian.
Entah bagaimana dan apa lah yang mereka makan untuk bersahur dan ifftar?....takpelah ini semua pengalaman dalam meniti kedewasaan.
Sedang kami kalut dengan kemelut kehidupan anak bawa berita gembira....bahagia rasanya.Alhamdulillah ...minggu lepas posmen hantarkan sekeping surat yang gembira kan kami ibubapa yang serba kekurangan ni.
Semalam Fateha WA bagitahu  dapat bronze medal gangsa kerana presentation projek tahun akhir nya mendapat menarik hati  mereka2 yang berkaitan....Alhamdulillah.

SETIAP UJIAN ADA HIKMAH YANG TERSEMBUNYI.....

Thursday, 25 May 2017

Lempeng pisang.

Assalamualaikum
Semalam seharian cuaca sejuk...bermula awal pagi hujan lebat hingga ke petang masih rintik2 lagi. Nyaman,sejuk je cuaca .....perut pun asyik lapar .
Iman tak sekolah semalam sebab demam selsema .Masak kan lauk kegemaran dia tapi hanya maksn sikit je.....maknya yang syok sendiri ......apataknya masak sendiri makan sendiri.
Untuk minum petang tanya dia nak tak mak buat kan lempeng pisang....sebab sehari sebelum tu dah buat cekodok pisang tak dijamahnya pun .....ermm memang kena menu pisang sebab nak habiskan beberapa biji pisang masak yang diberikan kawan ....sayang bila dah terlalu masak tentu terbuang kelak.Nak buat kuih ,kek atau apa saja....hanya kami bertiga ....membazir je.
Nikmatnya makan lempeng pisang dalam cuaca sejuk dan hujan di luar sana. Seronok tengok Iman suka makan....tapi anak aku sorang ni pelik makan nya .Makan lempeng pisang bercicah kicap....suka hati lah Iman!.
Lupa pula nak snap gambar....Seronok makan lempeng panas bersama Iman.

Tuesday, 23 May 2017

teh

Assalamualaikum
Seperti biasa setiap pagi suami yang buat air untuk sarapan .Biasanya buat teh o .Kalau pepagi ni memang tak lalu nak minum air lain seperti milo ke ,terutama Iman ....memang tak lah .Hanya teh o je boleh ditelannya sebelum ke sekolah.Kalau dipaksa juga minum susu atau milo waktu sarapan pasti termuntah bila tiba di sekolah.
Kat rumah ni hanya guna teh Lipton uncang saja sejak dulu lagi.Pernah juga try beli jenama lain tapi macam tak sesuai dengan selera memasing terutama suami.Pada anak2 pulak terasa pelik bila minum teh serbuk.Yang mereka tau teh uncang tu le...
Berbalik pada suami yang buat air teh setiap pagi tu....Biasanya satu uncang tu digunakan untuk satu teko .Tapi suami tak suka teh yang pekat ,jadinya setelah beberapa kali celup uncang tu dikeluarkan dan biasanya diletakkan dalam aisbox.Aku pun tak tahu apakah tujuan dia meletakkan nya dalam aisbox sedang kan tak pula digunakan lagi. Biasanya aku lah yang ambil uncang2 teh tu bila dah terkumpul dalam aisbox untuk dibuang atau kalau ada budak2 ni balik ada juga yang digunakan untuk menyegarkan mata ...
Uncang2 teh terpakai ni ada kalanya aku buka dan masukkan serbuk teh ke dalam air basuhan beras atau ikan untuk disiram pada tanaman. Aku pernah terbaca ,meletakkan serbuk teh terpakai ke pasu bunga,menjadikan daun2 pokok cantek menghijau.Okey juga kan dari terbuang begitu  saja..

Friday, 19 May 2017

Menceroboh

Assalamualaikum
Subhanallah....Astafirullah....
Menyirap  darah aku pagi ni ....apa tak nya suka2 je orang ambil hak kita tanpa kebenaran.Bukan budak2 pun tapi dh bapak2 orang.Kalau ya pun minta lah izin atau minta ,akan kami beri .
Sebenarnya kawasan tapak rumah kami ni agak luas dibandingkan dengan jiran2.Oleh tu kami banyak lah tanam pokok buah2 ,sedikit sayur /cili dan beberapa batang kelapa.Biasanya bila dah lebih2 kami sedekah kan pada jiran.
Di belakang rumah kami ni ada kedai makan,biasanya pekerja kilang atau pekerja lori atau masyarakat setempat adalah makan di situ. Tanah kami ni bersih dan lapang .Bila ada pokok2 mengeluarkan buah memang agak menyerlah lah dari kedai makan.
Buat masa ni pokok jambu bol berbuah ...ingat kan nak ambil sehari dua ni biar betul2 ranum....nak agih2 kan pada jiran dan adek beradek. Pagi tadi sewaktu aku buat kerja kat dapur terdengar suara agak riuh kat belakang.Rupanya bapak2 orang sedang  sibuk nak ambil buah kat pokok dan seorang pulak dah panjat kat atas .Aduh ....geram nya .Seperti pokok tak de bertuan dibuatnya.Semalam pun ada bangku kat bawah pokok ....dah tau dah...
Sebenarnya selalu sangat pekara ni berlaku tapi kami wat dek je....takpelah kata suami yang memang murah hati ni.Tapi sejak2 ni pun penagih dadah  dah bawa guni angkut kelapa kami .Segala apa yang boleh dijual dah dibersihkan kat belakang rumah kami....Ya Allah berilah kami kesabaran.

Wednesday, 17 May 2017

Rezeki.

Assalamualaikum
Pengat nangka ni jiran yang bagi.Katanya untuk juadah buka puasa .Aku berikan pada Azim dan Iman yang sedang menonton tv.Biasalah....bila makanan orang bagi excited sangat nak makan.Berebut2 mereka menyudu sambil bertanya ,bubur apa...Beria2 lah mereka makan.Aku sekadar menjamah sesuap dua.Ayah mereka memang tak lah makan nangka.Aku biarkan je mereka  berdua makan.
Tapi tengok2 nilah hasilnya....kurang hasam boi budak 2 ni,rupanya mereka menghirup kuah manisan nya je....ni siapa nak abiskan ni?.....Tulah sebenarnya kat rumah ni memang takde yang suka nangka tapi orang dah memberi kita terima je lah.
Sehari lepas tu jiran belakang rumah pula beri laukpauk ayam masak merah,daging/gearbox kambing,acar dan kuih muih.Kebetulan aku tengah bersilat kat dapur.Teringin nak makan roti jala bercicah kari ayam.Dah Azim ada balik ni rajin lah aku menjala .Kalau takat kami bertiga malasnyaaa  nak buat  walaupun teringinnnn sangat.Bukan takde jual pun tapi aku tak gemar lah roti jala yang biasanya berinti .
 tak menyempat2 budak 2 ni dah tak sabar nak makan.Sementara nak snap gambar berketul2'dah kena sambar.
Mengenai pemberian jiran tu,banyak pulak lauk2 yang diberi.Memandangkan Azim nak balik asrama petang tu ,aku suruh Iman dan Azim ratah je daging/gearbox yang diberi.Kalau tidak siapalah nak makan lagi.Apa lagi laju je lah...Azim siap straw menikmati gearbox.Alhamdulillah....rezeki mereka
Aku tak pasti pemberian jiran ni acar tahun atau jeruk kerana sangat manis...

Thursday, 11 May 2017

Tadarus WhatsApp

Assalamualaikum
Group2 WA ni ada kelebihan sebenarnya ,selain mengeratkan silaturrahim dapat juga menambah ilmu yang kita tak pernah tahu sebelum ni.
Salah satu group WA yang aku ikuti dari exstudent zaman2 sekolah dulu.Jangan tak tahu dah 30++ tahun kami tinggal kan alam persekolahan.Alhamdulillah dah hampir 100 orang dalam group kami di temui semula.Dah beberapa kali juga mereka buat reunion tapi tak pernah sekali aku turut serta selain dari terserempak di majlis pengantin anak kawan.Selain dari tak berkesempatan terselit juga rasa rendah diri dihati kecil.
Terbaru group WA kami ada kan tadarus alquran sempena Ramadhan ni. Setiap seorang perlu habis kan satu juzuk.Kiranya 30 orang je sertai....bila dah selesai tanda je  pada nama kita ,tak kira juzuk apa yang dulu dibaca.Sebelum ni  mereka dah buat ,cuma aku tak ikut serta sebab aku tak faham bagaimana tadarus melalui WA.Kali ni aku tak mahu lepaskan peluang ....aku minta baca juzuk 19. Walaupun ketika ini aku dah mulakan bacaan sendiri  untuk khatamkan Ramadhan kelak tapi aku rasa masih punya masa tadarus untuk group juga.
Selain bersembang2 santai di group dapat juga menambah pahala .
Moga dapat keberkatan Ramadhan.

Tuesday, 9 May 2017

Tukang perabis

Assalamualaikum
Pagi ni aku sarapan apambalik lebihan petang semalam.Encik suami teringin nak makan ,udahnya sepotong je yang di jamah.Iman langsung tak menyentuh....Aku sebeno nya tak lah gemo sangat kuih2 manis ni tapi dari pada dibuang gitu saja ,buat alas perut aku ok juga....tak kuasa nak buat sarapan sesorang ni.
Pagi tadi dengar Ustaz Kazim ceramah kat radio RTM JB....tazkirah pagi. Geli hati bila dengar ustaz tu kata bila suapkan anak kecil mulut mak pun nganga sama .Bila anak tak nak ,mak yang makan.Udah nya mak yang gemuk...hihii betul kan.
Kat rumah ni walaupun takde budak kecil, dengan dua beranak  yang pemilih makan ni,bab2 yang kena habis kan aku leh....huhuu manalah nak diet2.
Oklah jumpa lagi...nak abiskan makan apam balik ni.

Monday, 8 May 2017

Semoga bahagia

Assalamualaikum
Di blog ni aku pernah coret kan tentang sepupu yang telah kehilangan suami 2 tahun lepas kerana kanser pundi kencing.Ada juga aku kisahkan tentang anak sulung nya yang telah bertunang pada tahun lepas dengan anak jiran depan rumah baru mereka. Pada Jumaat 5/5 tu mereka telah pun diijabkabulkan dan hari langsung nya pada esoknya.
Petang Jumat tu kami 3 beranak ni pergi juga ....kononnya nak rewang tapi sebenarnya takde apa pun yang dibuat sebab penduduk kat kampung tu yang semua buat kerja.Lagipun kami tak pernah lagi pergi rumah baru mereka ,tu yang saja pergi awal.
Tak sangka pulak malam tu mereka suruh kami ikut rombongan hantar pengantin ke rumah pengantin lelaki .Hmmm.....keadaan ni sebenarnya kedua pasangan pengantin ni cuti hanya  3 hari ,tu yang sebelah lelaki buat majlis waktu malam selepas nikah siang tu.Walaupun katanya depan rumah tapi agak jauh juga lh lebihkurang 500 ++ meter gitu.
Oleh kerana majlis lepas isyak ,aku ajak suami balik dulu,lebih selesa mandi dan solat di rumah sendiri walaupun rumah sepupu berhadapan dengan surau. Lagipun perjalanan ke rumah sepupu dah tak jauh sejak ada jalan baru ni lebih kurang 20-30 minit je.
Dah balik lewat malam tu,esoknya kami datang lepas zuhur.Tiba pun pengantin dah nak bersanding.Cuma agak terkilan sikit sebab ramai sedara tak dapat jumpa ,mereka dah balik awal .
Foto:walaupun pengantin dah masuk dalam rumah kumpulan kompang tetap meneruskan.
Lama juga lah kami di rumah pengantin ni.Agak petang juga baru kami balik.Kami dibekalkan dengan makanan yang banyak selain bawakan untuk yang kirimkan sumbangan.Beg goodies,kek,kerepek2 ,bertangkai2 bunga telur juga nasi beryani dan laukpauk yang banyak.Walaupun aku suarakan hanya kami bertiga ,mereka tetap memberi.Sampai la ni nasi beryani masih ada lagi.....tak kan nak dibuang....membazir kan.....aku frozen kan,tak tahu lah cara aku ni betul atau tidak sebab tak pernah seumur hidup frozen kan nasi....hihiii.
 Foto: telur pindang ni sebenarnya dari bunga pahar yang diberi kan pada kami,dah tak sabar2 nak makan ..
Foto: petang tu makan malam kami nasi beryani lagi.
Sehari sebelum tu pun jiran sebelah rumah ada beri nasi serai dan laukpauk seperti nasi beryani juga. Takut pulak terus terusan nak makan makanan yang  menambah2 kolestrol ni....boleh jem badan :-).
Masa nak balik tu bersalaman lah kami dengan sepupu ( ibu pengantin).Tak sangka pulak masa aku peluk dia menangis.Aku kata jangan lah menangis ,nanti aku pun sedih.Cepat2 aku berlalu bimbang aku takdapat menahan sebak.Aku biarkan suami yang memujuk dan beri kata2 nasihat pada dia.Jangan  pelik sebab sepupu aku juga sedara suami ....aku dan suami berkahwin sedara( sebelah bapa).Jadi hubungan kami agak rapat apatah lagi dia dah kehilangan suami, anak2 pun cuma dua .Sorang belajar dan sorang mengajar di tempat yang jauh.
Semoga anak yang baik dan banyak berkorban untuk menjaga arwah ayahnya selama 2 bulan di hospital ini akan berbahagia bersama pasangan nya .Pasangan pengantin baru ni terpaksa berjauhan sementara harini memandang kan mereka perlu bertugas ,seorang di Lumut Perak dan sorang di JB. PJJ lah ni ya...
Semoga bahagia till Jannah buat Norliyana dan Alif....Aminnn.


Wednesday, 3 May 2017

Titik peluh suami

Assalamualaikum
Nasi goreng ni sarapan aku pagi ni.Makan sesorang ....Lebihan nasi petang semalam.Iman kata nak makan nasi tapi sehingga malam dah terlupa sebab dah kenyang makan pisang tanduk goreng.Itu yang ada lebihan nasi lagi....Nak dibuang rasa sayang dan membazir pula walaupun kalau boleh tak mahu lah nak makan nasi pepagi ni.Tapi mengingatkan suami yang bertungkus lumus mencari rezeki ,sayang kan walau sebutir nasi nak dibuang.
Alhamdulillah sehingga ni suami dah sehat tapi pasti bawa ubat ke tempat kerja.Tapi bukan semua ubat yang dia nak makan ,hanya satu dua ubat je .Semalam baru saja ambil bekalan ubat untuk sebulan di farmasi hospital .Boleh ke dia tanya pada nurse farmasi tu,"kalau tak makan ubat boleh tak?"."tak boleh....nanti boleh mati" jawap nurse.....hahaa kena seketul suami,soalan tak kena tempat.
Banyak stok ubat yang tak dimakan.Aku pesan jika pergi buat rawatan di HSA nanti bawa sekali ubat2 ni untuk dipulangkan di farmasi .Ramai lagi yang memerlukan.
Aku hanya mampu berdoa suami sentiasa sehat .Untuk berhenti kerja awal pun masih belum boleh kerana anak2 masih belajar.Fateha kata kalau dia dah bekerja ayah rehat saja di rumah.Insyaallah.....selain dari berehat dapat juga menambah amalan buat bekalan akhirat nanti.

Tuesday, 2 May 2017

Bekal untuk anak

Assalamualaikum
Tiga bekas makanan siap untuk dibawa Iqa dan Fateha ke universiti.Sebab apa 3?....aku kirimkan untuk si abang yang tak dapat balik cuti....ada oncall katanya.Hmm....ingatkan doktor manusia je yang kena oncall....
Ketiga2 bekas aku isikan makanan yang sama ....nasi dan lauk goreng2...untuk mengelakkan basi kerana tiba pun dah petang. Bekas kecil  aku bekalkan sambal kering  sorang satu.
Walaupun katanya hari buruh ....semua pekerja cuti tapi aku tetap bangun seperti biasa untuk menyediakan bekal anak2 yang nak balik u.Juga masak untuk tengahhari sekali.Lagipun perlu ke Larkin Central untuk menghantar mereka naik bas,memandang kan tiket di terminal Kulai dah abis.Dapat tiket pukul 10.30 pagi,oleh tu kenalah bertolak lebihkurang pukul 9 ....mengelakkan jem.
Iman lebih rela tinggal di rumah berseorangan .....boring katanya berlama2 menunggu bas kelak. Elok pulak jalan pagi tu.....lancar je.Lebih kurang 45 minit dah tiba tempat di tuju.
Sayu hati ketika bas berlalu pergi...Kami berlalu setelah bas hilang dari pandangan.....Bersegera balik bimbang Iman sorang di rumah ,walaupun katanya tak kisah.Terfikir nak singgah melawat Azim di asrama tapi rasa tak best pulak tak bawa kan makanan dari rumah.Azim pun kata tak pe....Lagipun dia baru balik dari kem motivasi  di Ulu Tiram ...masih penat lagi.
Setengah hari lagi kami 3 beranak hanya menghabiskan masa di rumah apatah lagi hujan agak lebat petang 1 Mei tu.Bila WA  kat Iqa dan Fateha yang otw ,keduanya sedang stress .....perjalanan yang mengambil masa 4 jam dah bertambah berjam2.Si abang yang janji ambil di TBS pun tak mahu bimbang jem.Keduanya terpaksa hubungi Uber untuk ke destinasi masing2.....Alhamdulillah ,walaupun dah agak lewat petang ....mudah mudahan bekal yang dibawa boleh lagi dimakan.

Tuesday, 25 April 2017

Abang ipar

Assalamualaikum
Iman dan ayah nya cuti sempena pertabalan Agong,jadi aku merancang untuk ke kampung kakak untuk menjenguk nya yang semakin uzur.Oleh kerana hanya kami bertiga ,aku pelawa adek dan dua anak nya ikut sama.Suasana dalam kereta yang sunyi dengan hanya bunyi lagu2 sebelum tu bertukar riuh....apataknya adek dan anak nya yang berumur 6 dan 11 tahun suka berbual.....pot pet pot pet....sedar2 dah tiba tempat dituju.
Cuti2 ni dah takde makpak untuk dikunjungi , pada kakak sulong( berlainan mak) tempat kami tuju.Dulu kami kecil pun dia yang menjaga waktu makpak keluar bekerja.
Masa nak pergi ke rumah nya aku ada tepon abang ipar.Tak sangka pula datang2 dah disuruh makan.Abang ipar yang masak semuanya sebab kakak nak duduk pun dah tak mampu.
Abang ipar masak kari ikan tongkol,ikan pekasam goreng,sambal cili padi,sayur bening lobak putih.Ada juga sayur tumis rebung,ikan haruan bakar masak lemak juga burung wak2 percik....hmm aku tak makan lah lauk esotik ni.
Tapi sambal tumis cili padi abang ipar memang terbaik....sedap sangat pada tekak aku walaupun berasap telinga dibuatnya.Sayur rebung juga sedap,aku buat ratah aje,lagipun dah lama tak makan sayur rebung.
Tak de snap2 gambar ,ingat nak makan je masa tu.
Masa nak balik abang ipar ambil kan beberapa anak pokok nenas untuk aku tanam.....padahal aku saje2 je cakap nak tanam.Bukan saja bekal kan sayuran dan ikan ( febret anak dia memancing tapi tak makan ikan air tawar),malah tanah hitam pun diberi nya setengah guni .Melihatkan sikap abang ipar ni teringat aku pada arwah bapak ,begitu lah  arwah ketika anak2 nak balik ada saja yang dibekalkan untuk kami .
           Foto: tiba di rumah suami terus  tanam anak pokok nenas yang diberi.
Lebihkurang hampir pukul 3 kami pun minta diri untuk balik ,walaupun tak balik terus pun....bawa budak ber3 ni jalan2 dulu.Sayu hati tinggal kan kakak yang dah tak berdaya tu.Bersyukur sangat dapat abang ipar ni ,walaupun dia sendiri ada penyakit kencing manis namun kebajikan kakak semua dia jaga.
Bila masuk kereta dah tak perlu buka radio dah.....hahaha.Sesudah turunkan adek dan anak2nya bila tiba di rumah dia,hanya Iman yang tinggal duk sesorang ,senyap dah .Bila aku toleh....tido dah sampai lah tiba depan rumah tak menyedar.

Monday, 17 April 2017

Di sekolah aje

Assalamualaikum
Bila buka WA group xstudent,beberapa orang update sedang hadiri konvokesyen di universiti....sebagai ibubapa bahagianya mereka....aku belum rasai pengalaman itu....mudah2an Allah panjang kan umor untuk saksikan saat itu.
Setakat ni di sekolah jelah dapat tengok anak naik pentas.Terkini semalam hadiri mesyuarat pibg dan anugerah cemerlang di sekolah agama Iman.Tak teruja nak snap gambar sebab rasanya peperiksaan akhir tahun dah lama berlalu.
Foto: Iman menambah koleksi adek beradek.
Tak diduga cabutan bertuah nombor yang terlekat pada buku aturcara aku disebut orang yang pertama ambil hadiah.Walaupun pun tak seberapa ....Alhamdulillah,syukur.Kalau dah kata sekolah tak kan nak hadiah tv lcd,peti sejuk  bagai ...!
Petang.....Iman kata boring duk memerap kat rumah.Jom kita ronda kampung kata dia....kata je jalan2 tapi naik kereta juga.Mak okje,best juga sambil2 makan makanan ringan yang dibeli di kedai runcit sebelum tu.
Foto: makanan ringan nostalgia


Thursday, 13 April 2017

Capteh dan kenangan

Assalamualaikum
Foto: sumber google
Tahu tak apakah nama alat permainan ni?.Ini lah namanya capteh ,permainan seharian budak dulu2.Budak zaman ni mana main permainan rupa ni,lebih syok menghadap gajet2 yang serba canggih.
Sebenarnya terimbas kembali kenangan silam bermain capteh ni bila salah seorang sahabat group WA ex-student post  gambar.Dia snap gambar capteh ni waktu berada London melawat anaknya baru2 ni.....hmmm,bangga sungguh permainan kita pun ada kat di sana.
Foto:sumber WA group
Dulu kalau nak main capteh ni kena buat sendiri.Yang penting ada tiub basikal/ motor yang tak di gunakan lagi ,dan bulu ayam.Walaupun kami ni budak perempuan setakat capteh ni buat sendiri je.Zaman budak2 dulu kalau  takde bulu ayam,sanggup kejar ayam dan tangkap,kemudian cabut bulu nya sehelai dua,biasanya ayam jantan lah jadi mangsa sebab bulunya panjang dan cantek.... ganas kannn....nasib tak mati ayam di kerjakan.
Takde lah warna warni seperti capteh sekarang.Ikutilah warna semula jadi ayam je.Nak cantum kan bulu ayam dengan tiub yang dah dipotong bulat tu,biasanya kami guna paku.Kemudian dikat ,kemas....kalau tidak masa menimbang capteh boleh terbarai  bulu ayam nya.
Biasanya main dengan kawan2 ,lagi ramai lagi seronok menimbang capteh bergilir2.Kadang2 bawa pula ke sekolah untuk bermain waktu rehat dengan kawan2 .Seingat aku lah dulu sekolah tak kisah pun berebut ke kantin tapi sibuk kejar masa nak main je.Dengan pakai baju kurung dan kain ,terror wei masing2 menimbang capteh....balik rumah  kena bebel mak selalu sangat kain jadi kain belah...hihii..
Seingat aku,kami berenti main tali getah dan capteh ni masa awal darjah 6.Setelah kena tegur dengan cikgu kelas kami Almarhum cikgu Kasmin(Al Fatihah untuk cikgu).Bukan apa pun,kata cikgu tu dah tak manis budak perempuan nak main permainan seperti  itu lagi...tapi kami belum baligh lagi cikgu....hihii.
Ahhh...kenangan itu ...indahnya!