Total Pageviews

Friday 11 November 2016

Tragedi duka 5.

Assalamualaikum
Alhamdulillah dari hari ke sehari keadaan suami di CCU sudah semakin stabil.Banyak waktu anak2 habiskan masa dengan si ayah diwaktu2 melawat .Iman juga lepas naik mungkin kerana dia tinggi .Tapi aku tak benarkan berlama didalam wad bimbang antibodi tak kuat memandangkan Iman masih kanak2 lagi..
Walaupun hati ku masih bimbang namun bila melihat anak2 semua ada depan mata ,lega rasanya....Iqa sehari lepas tu kena balik semula ke U kerana ada exam keesokannya.
Sesuatu yang aku pelajari menginap di Balai pelawat bersama teman2 baru yang senasib.Nasib mereka lebih teruk dari apa yang aku lalui.Ada yang dah sebulan menginap disitu ,menunggu baby yang tenat sakit jantung berlubang.Ada yang menunggu suami yang dah berminggu2'di wad dengan berbagai penyakit.Ada yang dah 18 thn ank hidap sakit jantung sejak lahir ....hospital rumah keduanya.Cerita2 mereka ni lah yang beri sedikit  kekuatan padaku hadapi ujian ini.
Walaupun suami dah semakin sehat ,untuk pesakit jantung perlu 5 hari dipantau baru boleh dibenarkan keluar.Kebetulan cuti sem Fateha dan Arif dah hampir habis.....bersyukur sangat hari Jumaat tu suami dah boleh keluar wad.Sungguh pun kami diuji ,canteknya perancangan Allah  ,ketika itu aku tak sendirian.Alhamdulillah.....Alhamdulillah kini suami semakin sehat walaupun perlu buat rawatan susulan dalam masa terdekat ni.Ketika di rumah ni aku bertanyakan apa yang dia rasa setelah diberi ubat yang agak kuat tu.Katanya jantung nya bergegar dan sakit sangat ,tak boleh nak tarik nafas ketika itu.Pengalaman yang tak mungkin dilupakan seumur hidup.
 Banyak lagi kisah sepanjang 5 hari suami sakit di hospital....rasanya tak terluah dalam coretan,biarlah ia abadi dalam benak kenangan.
Terimakasih pada rakan / adek2 blogger yang mendoakan.....hanya Allah yang dapat membalas keikhlasan kalian.

13 comments:

  1. Begitulah dalam situasi tertekan dan diuji bila ada org-org terdekat macam anak-anak bersama lain sikit rasanya.

    Semoga En Borhan terus sihat disamping keluarga

    Makan sayur bening ajelah SI. Ikan bakar dan stim ajelah. Kakak macam ngeri pulak jadinya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah suami saniah dah beransur pulih

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah! Dah beransur pulih suami Kak Saniah. Walaupun ianya menjadi kenangan yang mengerikan, elok juga ada pengalaman begini, kak. Sekurang-kurangnya kita tahu apa nak buat bila dalam keadaan darurat.

    Kena jaga makan-minum lepas ni. Takut betullah bila dengar tentang serangan sakit jantung nih!

    ReplyDelete
  4. SYUKUR ALHAMDULILLAH SUAMI SANIAH SEMAKIN BERANSUR PULIH...PENGALAMAN SAKIT NI WALAU APA RASANYA XMAU LANGSUNG DIALAMI

    ReplyDelete
  5. Syukur alhamdulillah suami Saniah sudah beransur sembuh. Sampaikan salam kejauhan kak zai padanya dan jgn culas makan ubat. Klau boleh selepas ini ambik supplement disamping ubat2 yg diberikan doktor.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dah beransur pulih, moga terus diberi kesihatan yang baik buat suami akak

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah smeoga suami Saniah semakin pulih lepas ni ya Saniah

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya kita akan rasa sangat tenang dan akan timbul satu kekuatan kalau dikelilingi dengan kengkawan yg senasibkan. Terasa apalah sangat dugaan Allah berbanding orang lain.

    Moga SI terus tabah ye....
    Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman...

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah kak SI, baca pengalaman ni memberikan iktibar. semoga suami cepat sihat

    ReplyDelete
  10. Kak SI, saya dtg ni. Lama tak menyinggah sbb sibuk skrg ni.
    Saya dh baca kisah duka akak dr episod 1-5. Syukur suami dah beransur pulih. Harapnya lps ni takdelah berlaku lagi.
    Peristiwa yg begini selalu buat kita kuat kan kak. Saya pun pernah alaminya dulu.

    ReplyDelete
  11. Kuat sungguh semangat suami kak saniah..
    Ye la smpi kan rasa bergegar jantung dgn ubatan diberikan tu..
    Semogs terus sembuh suami akak ye.

    ReplyDelete
  12. Salam akk.. Iza doakan semoga suami akk dah sihat. Dugaan kak, untuk uji hamba2nya. Kuatkan semangat akk yer.. Allah bersama kite.

    ReplyDelete
  13. Semoga suami semakin sembuh. Teruskan berdoa & jangan putus asa ya

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete