Total Pageviews

Tuesday, 23 August 2016

Kini 29 tahun .

Assalamualaikum
Alhamdulilah hari ini 23hb Ogos genaplah usia perkahwinan kami yang ke 29 tahun.....lama kan .Tapi anak sulong baru 23 tahun.Kawan2 yang berkawen tahun yang sama ,dah ramai yang menimang cucu .Takpelah ,bersyukur Allah kurnia kan zuriat penyambung generasi kami.
Bukan satu jangka waktu yang singkat.Sepanjang 29 tahun banyak badai gelora pahit manis sama2 kami tempohi..

DOA SEORANG ISTERI SOLEHAH BUAT SUAMI TERCINTA
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله و بركات
Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhoaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuran
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu
Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,
Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….


Foto: sumber FB.

12 comments:

  1. selamat ulang tahun perkahwinan, kak SI
    semoga rumahtangga yg dibina kekal sepanjang hayat dan dirahmati Ilahi hendaknya

    kak, sama pulak tarikh nikahnya dgn Kak Azimah....hihi

    ReplyDelete
  2. tahniah kak SI dah 29 tahun umur perkahwinan. mudah2an terus barakah dan rahmah.

    ReplyDelete
  3. Selamat ulangtahun perkahwinan, Kak Saniah. Lama tu 29 tahun. Saya ni separuh jejak akak pun tak sampai lagi. Maklumlah kahwin lambat, sibuk nak enjoy katanya!

    Rezeki masing-masing,kak tapi sekurang-kurangnya ada juga zuriat penyambung generasi. Semoga perkahwinan akak berkekalan till jannah. Saya doakan akak gembira selalu di samping suami tercinta dan anak-anak tersayang ^_^

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... semoga berbahagia hingga ke jannah.

    Terima kasih titip doa buat almarhum bapak kakak.

    ReplyDelete
  5. Happy Anniversary SI.....moga jodoh kalian kekal bahagia hingga ke syurga.

    Betul tu SI.... 29 tahun bersama bukan satu waktu yg singkat tu. Alhamdulilah, kerana Allah panjangkan jodoh dan berjaya dan sabar dlm merempuh ribut taufan yang melanda. Tahniah ye....

    Macam teringin nak cepat jadi nenek je tu hihi....

    ReplyDelete
  6. Happy anniversary buat saniah dan hubby. Semoga bahagia dan kekal hingga ke Jannah.

    ReplyDelete
  7. Happy anniversary buat saniah dan hubby. Semoga bahagia dan kekal hingga ke Jannah.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, semoga kekal hingga akhirnya ... Aaamin. ... Kwn2 saya anak ramai dah masuk u . saya masih tunggal . redha krn semua urusan Allah .

    ReplyDelete
  9. Assalam kak saniah, salam kenal.
    Entah camane saya sesat di sini, hihi..
    Kita berkongsi tarikh nikahla ka, cumanya saya genap 20 tahun. Moga rmhtgga kita diberkati Allah jua.

    ReplyDelete
  10. alhamdullilah semoga till jannah

    ReplyDelete
  11. Barakallahu lakuma fii khair..
    Buat kak saniah dan pasangan..
    Semoga bersama jua di jannah..

    ReplyDelete
  12. Tahniah kak SI.. satu jangkamasa yang cukup panjang. Sb pulak baru cecah 16 tahun.

    ReplyDelete