Total Pageviews

Monday 25 April 2016

Iqa ,tuisyen dan baucer buku.

Assalamualaikum
Minggu ni Azim tak balik ,jadinya kami lah yang datang melawat dia di asrama.Bawa kan sedikit bekalan dari rumah..
Foto:sandwich telor
Foto:bekas makanan yg hampir licin...bukan Azim saja yang makan,Iman juga turut  berselera.
Sejak Iqa ada ni dia ikut sama ,dapat lah ajar Azim apa yang dia tak faham sambil2 makan bekal yang dibawa bersama2..Sebenarnya masa sejam tak cukup ....nak betul2 kenalah balik rumah nanti ...Iqa ada je kat rumah sementara belum sambung belajar ni.
Foto: sementara tunggu kami solat di surau ,Iqa sempat ajar Azim dalam kereta.
Foto:Beralih pula duduk di luar bila ada bangku kosong kerana banyak kerja sekolah yang Azim tak faham Kami bertiga duduk dalam kereta je ....jadi pemerhati..!.

 Di rumah juga Iqa buat  tuisyen untuk beberapa orang pelajar sekolah menengah .Buat masa ni adalah 5 /6 orang yang berminat.Bayarannya seikhlas mereka saja.Yang penting dapat kongsi ilmu .Lagipun otak sendiri kena diasah juga ,nak tunggu September boleh berkarat jadinya :-)....!.Bukan kali pertama buat tuisyen ,sebelum ni pernah juga ajar anak2 jiran yang nak ambil upsr.Ajar anak2 orang okje dia tapi kalau dengan adek sendiri macam singa kata Iman...!
Masalah bagi Iqa sekarang ,pelajar2  sekolah menengah sekarang guna kan bahasa melayu bagi sains dan matematik ,sedangkan dia waktu tu gunakan bahasa Inggeris.....sukar juga dia  nak cari istilah2 BI ke melayunya pulak.
Foto:antara buku2 latihan dan rujukan Iman dan Azim.
Masa dah nak abis sem tempohari Iqa dapat baucer buku....kalau dah kata penghujung sem apa lah lagi nak digunakan .Beruntung lah buat adek2 dia yang dorang  ni.....berbagai alat tulis dan buku2 dapat dibeli ....cuma terpulang lah pada budak dua ni nak belajar atau tidak lagi...

10 comments:

  1. Assalamualaikum K SI, bagusnya Iqa buat tusyen dan mengajar adik sendiri, untung iman kakak ada lama tahun ini. Betul sains dan maths ni dalam bahasa pula. Keputusan atasan pun betukar-tukar.

    ReplyDelete
  2. rajin Iqa ajar adik..yang penting adik nak belajar saniah..semoga berjaya Azim

    ReplyDelete
  3. OKlah juga ajar tuisyen taklah buat 'anggur'. Allah dah kurniakan otak yg baik rugi kalau tak dikongsikan apa lagi dgn adik sendiri. Syukur alhamdulillah..

    ReplyDelete
  4. suka saya tengok anak2 akak ni...sempat gak di ajar adiknye walau pon masa tak berapa nak mengizinkan...anak saya kak long pon gitu kak...saya selalu perati kalau dia tengah mengajar abang ngah...garangnye kemain...kikiki...tak lama lagi giliran saya pulak berbekal bagai sume time pi menjengguk kak long...huhuhu

    ReplyDelete
  5. bagus iqa ajar tuisyen, bertambah pahalanya bila mengajar ilmu pada yang lain, biasalah tu kakak dengan adik sendiri memang garang, dengan org lain perlu berlembut hehehe

    ReplyDelete
  6. Untung adik dpt kakak spt Iqa..

    ReplyDelete
  7. beruntung ada kakak yg boleh ajar.sempat boleh bukak kelas tuisyen lg. setengah org bila dah habis belajar, malas dah nak tengok balik subjek lama..
    harap anak2 saya nti boleh ikut cam ni jugak..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Bagus tu mengajar tuisyen, di antara amalan yang tidak terputus pahala ialah ilmu yang bermanfaat iaitu ilmu yang diajarkan kepada orang lain...

    ReplyDelete
  9. Bagus iqa..
    Rajin ajar adik2 dan anak2 jiran utk pelajaran mereka..
    Jika dekat hendak jer minta Iqa ajar anak saya kak saniah 😊

    ReplyDelete
  10. Pandai Iqa gunakan masa cuti dia SI.....Boleh jugak buat beli aiskrim duit yg dia dapat tu hihi...Kalaulah kita dekat nak je saya suruh Angry Bird tuition dgn Iqa.
    Kalau dah katanya baka rajin tu masa sejam pun dapat dimanfaatkan. Untung Azim ada akak mcm Iqa..

    ReplyDelete