Total Pageviews

Tuesday 10 June 2014

sudah membuahkan hasil...

ASSALAMMUALAIKUM
Semenjak dua menjak ni cuaca agak lembap dan hampir setiap hari hujan turun membasahi bumi, Pokok2 sayuran dan cili yang aku tanam sepokok dua begitu subor menghijau menikmati anugerah cuaca ....tak perlu aku menyiram setiap hari.Pokok bendi setiap hari harus dipetik kerana kalau lalai sehari saja buah nya dah tua .Atiqa memang peminat tegar sayur bendi ni ,hari2 sayur bendi pun tak apalah kata dia ,oleh itu terpaksalah pelbagaikan masak sayur bendi ni setiap hari,hingga aku pun tak tau lah nak masak macamana lagi .Sementara dia belum kembali ke asrama ni makan je lah bendi hari2...pada kawan2 blogger (ada ke?) biasanya bendi ni masak pe ya ?


daun cili yang begitu menghijau.hanya mengunakan baja organik dan tanpa racun perosak.

 cili api juga begitu lebat berbuah ,hampir setiap hari aku petik untuk jadikan bahan masakan atau buat nasi goreng pedas2 gitu...petik cili segar dari pokok lagi.
Cuba untuk menanam sayur kailan ,sudah nampak hasilnya apabila anak2 pokok sudah mula membesar bila disirami hujan hari2....bukan nya banyak pun hanya beberapa pokok  ,saja mencuba walaupun tak minat makan kailan.
suka bila melihat apa yang ditanam telah membuahkan hasil walaupun tak seberapa tapi cukuplah untuk kegunaan sendiri.

6 comments:

  1. geramnya tengok semua tanaman menjadi...kira petik dari kebun sendiri, sungguh nikmat kan..

    ReplyDelete
  2. Kailan tu kalau tak berapa minat sini kasi kat kakak. Kakak suka kailan goreng bawang putih campur dgn mushroom sedapnyaaaa:)

    Bendi cecah dgn sambal belacan pun sedap. Masuk asam pedas, singgang, tumis gorng-goreng pun sedap.. ah.. kalau tak ada memang macam itu yg dah ada dah puas menggayakan masakan ye:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanam tepi2 rumah je babypose....sekadar mengisi masa senggang.
      kakzakie ....kalau kakzakie berjiran dgn sya bila2 saja kasi....skg ni jiran2 terdekat lah yg selalu berkongsi hasil2 tanamn ...dh tak trmakan ,nk dijual pun tak sbrapa .

      Delete
  3. saniah..cili api tu buat jeruk, sedap buat ulam bila tak berselera makan. tapi resepinya akak tak tahu.pernah mkn dulu2..tapi mak akak yg buat..

    ReplyDelete
  4. Suburnya...kak Zai hanya serasi dengan pokok2 bunga.

    ReplyDelete
  5. Okje kurang suka menanm SI...geli cacing... alasan yek hehe...
    Suka gak makan bendi ni tapi makan masa buh dalam kari ke dalam asam pedas ke...tak pun buat ulam. Kalau beli jarang jugak sebab kadang tu masaknya sekali lepas tu sampai layu duk dlm esbox

    ReplyDelete