Total Pageviews

Tuesday 17 June 2014

erti hari bapa buatku....

ASSALAMMUALAIKUM,
Masih dalam suasana kemeriahan Hari Bapa....pagi semalam sambil aku melakukan rutin seharian di rumah membiarkan skrin TV bersiaran ,aku cuma mendengar apa yang diperkatakan kerana sibuk dengan kerja2 rumah yang tak pernah habis.Biasanya pagi2 ni siaran MHI jadi pilihan telinga ku dan seskali menjeling juga  ke skrin bila ada yang menarik perhatian.
Terdengar harapan seorang anak yang ingin sekali menemui ayah yang tak pernah bertemu sejak 3 tahun lalu.Mungkin ada kemelut kehidupan yang membataskan pertemuan mereka.Entahlah terasa sebak bila mempekatakan tentang bapa ,walaupun telah hampir 6th bapa aku pergi menemui Nya.
Bertahun2 aku menjaga mertua ,sempat menemani  mak selama 4th tapi aku tak berkesempatan walau sekejap pun menjaga bapa.Perginya dalam suasana kemeriahan hariraya lagi,baru beberapa hari kami berkumpul meraikan aidilfitri bersama..... tanpa diduga ....tanpa menyusahkan anak2 atau emak sekalipun.Kami kembali semula ke kampung hanya dapat mencium pipinya yang telah sejuk....

Begitu lah kehendakNya...Sesungguhnya ajal dan maut hanya Allah yang mengetahui.
kini aku hanya mampu merinduinya ....Al fatihah untukmu.

4 comments:

  1. Moga roh mereka yg kita sayangi ditempatkan bersama para solihin. Memang sedih apa lagi ketika org sedang sibuk beraya. Mak kakak meninggal seminggu sebelum puasa - pun sedih juga SI. Lagi masa itu kakak belum berdikari lagi.. baru mula menapak mencari kerja. Sedih.

    ReplyDelete
  2. Moga roh bapa Saniah ditempatkan bersama para solehin..

    ReplyDelete
  3. AlFatihah... semoga ditempatkan bersama orang2 beriman.

    ReplyDelete
  4. Sama je SI kita...kadang tu TV dibiarkan bukak tapi sesekali je menjelingnya.....Habis tu dah sebok bw hehe
    Segak arwah ayah SI ye....Alfatihah buat arwah....
    Gitulah percaturan Allah SI....

    ReplyDelete