Total Pageviews

Monday 19 May 2014

pisang kapas pun boleh...

ASSALAMUALAIKUM
Setandan pisang kapas hampir masak di atas pokok...suami terus tebang dan di potong tiga, tandan yang agak besar.Cadangnya nak dibahagi2kan untuk jiran dan kawan2 .Hanya satu dua biji yang nampak kekuningan tapi dihujung tandan masih nampak muda ....sesuai sangat kalau nak buat sayur pisang muda .tapi memandangkan anak2 pun tiada di rumah dan suami pun tak begitu suka sayur pisang ,terfikir aku untuk buat kerepek pisang.Buat sedikit sekadar nak mengunyah sambil menonton TV saja ....walaupun rasanya tak lah sesedap kerepek pisang tanduk atau pisang nipah tapi Iman dan ayahnya suka sangat.



2 comments:

  1. akkak memang suka pisang masak lemak..lawankan sambal belacan dan ikan masin..mkn pasti bertambah2.

    ReplyDelete
  2. Rajinnya SI.....kalau rumah ni nak jumpa kerepek pisang buat sendiri rasanya entah bila hehe..

    ReplyDelete