Total Pageviews

Wednesday 22 January 2014

Iman dan tikam2

Assalamualaikum
       Iman bersekolah sesi petang ,untuk darjah 2 sekolah agama sebelah pagi  dari pukul 8.45 hingga 10.15.Biasanya anak2 ni tiada masa rehat ,oleh itu masa balik sekolah lah mereka pergi ke kedai2 yang ada berhampiran sekolah sebelum pulang ke rumah untuk membeli makanan2 ringan.Tapi bagi kami memanglah tidak benarkan Iman beli makanan yang tak sihat itu.Tapi kalau sudah namanya budak2 pasti terikut juga dengan kawan2.
      Semalam masa balik sekolah agama dia terus mendapat aku "mak tadi kawan2 beli tikam2 kat kedai cik Nah"kata dia.
      "Iman jangan beli ,benda tu tak elok dan membazirkan duit je" aku nasihatkan dia."Iman tak beli tapi kawan2 je beli"kata dia lagi."mak nak tau tak tikam2 tu apa?bukannya tikam  guna pisau,macam ni"sambil menunjukkan gaya nya.Alahai Iman,mak ni lagi lah dah lama makan garam.........kakak dia dengar pun ikut gelak .    

2 comments:

  1. Hihi... ok juga Iman ni manalah tahu mak dia tak faham konon nak explainlah ye.. Atau mungkin Iman yg baru tahu nama benda tu tikam-tikam:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitu lah Iman ,peghibur sepi kami ,rindu anak2 yang lain...

      Delete