Total Pageviews

Saturday 21 December 2013

Aku dan banjir

ASSALAMMUALAIKUM
       Gelombang kedua banjir mungkin akan berlaku lagi .Bagi tempat tempat yang rendah penduduknya kena berjaga jaga .Semalam pun di sini hujan sehari suntuk,walaupun tidak begitu lebat.Kami disini tidak pernah risau pasal banjir kerana kawasan sini agak tinggi,Tetapi kasihan dengan mangsa mangsa banjir ,tentu banyak barang yang rosak.Kalau yang berpendapatan rendah lagi lah kasihan hendak memulakan kehidupan selepas banjir nanti.
      Semasa aku masih kanak kanak lagi aku seronok sangat kalau musim banjir sebab boleh main air .Masa itu mana lah ingat pasal bahaya .Lagipun anak anak kampung dulu lasak ,ibubapa pun tidak pernah risau.Ketika itu rumah kami tidak lah dinaiki air .Kalau hujan lebat pun air bertakung paling teruk pun setakat paras lutut.Tetapi rumah nenek saudara selalu banjir,tambahan pula air pasang dari sungai berdekatan pun naik.Zaman itu tidak ada pula disuruh pindah macam sekarang.Rumah masa itu agak tinggi oleh itu tidak pernah pun air mencecah paras lantai..
       Bila musim banjir aku  dan kakak  suka pergi ke rumah nenek saudara ni.Anak anak nenek ni umor mereka lebih kurang sebaya kami.Seronok sangat main air ,tak kisah pun air tu kotor atau bahaya yang ada dalam air tu.Rumah nenek saudara itu sudah jadi macam pulau ketika itu dikelilingi air.Lebih menyeronokkan lagi bila pak ngah suka buat rakit batang pisang.Ramai ramai lah kami naik rakit itu .Pak ngah pula mengheret rakit dengan meredah air banjir.Seronok sangat sampai tidak pedulikan bahaya.Bila sudah penat bermain air,perut lapar naik ke rumah makan .Biasanya musim tengkujuh macam itu makan ubi rebus atau goreng cicah dengan sambal tumis dan ikan kering .....sedap sangat .Apatah lagi makin ramai ramai berebut rebut.Kalau tidak pun nenek rajin buat lempeng atau jemput jemput ikan bilis.Sungguh nostalgia ....
    Kini semua nya tinggal kenangan.

No comments:

Post a Comment